Adik Khairul Fahmi Che Mat meninggal dunia

Monday, 5 December 2011

Takziah buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atas pemergiaan adik tersayang, Mohd Amirul Izzat 16 tahun kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Punca kematian Allahyarham ialah demam denggi. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.


Berikut ialah kata-kata Apek:

Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.

Takziah sekali lagi kepada Apek dan keluarga atas dugaan ini. Al-Fatihah.


Sumber http://bulanpurnama89.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

follow blog ini dengan seikhlas hati :)