Untukmu Para Gadis. Bunga atau Mutiara?

Friday, 2 December 2011

Bunga atau mutiara?

Tajuk yg indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis ; “adakah anda pilih bunga atau mutiara? ”

Bunga cantik. Begitu juga dgn mutiara. Mana satukah yang anda pilih?
Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, meggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.

Tetapi bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik mentari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada org memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.


Sedangkan mutiara akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cengkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

credit to shafaq


Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan bunga hanya sementara dan kecantikan mutiara akan kekal. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu, wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

P/s : Renung2kan shbt2ku muslimah...Muhasabah Diri.

Pilihan di tangan Anda!.
credit :Mariana Arshad

Dari kaca mata seorang lelaki: Aku juga akan memilih muslimah yang sifatnya seperti mutiara. Indahnya dia, kecantikan yang diberi Allah , hanya mereka yang layak sahaja boleh melihatnya.
Mahalnya dia, bukan sembarangan orang yang boleh menyentuhnya, bukan semua orang boleh melihatnya dan hanya mereka yang terpilih sahaja yang boleh melafazkan kata cinta kepada muslimah itu, iaitu orang yang dipilih Allah sendiri. sang suami.

aku juga mengimpikan muslimah yang sarat dengan sifat malu. ya, sifatnya seperti mutiara. Kerana malu, mutiara hanya terperap didalam cengkerangnya dan kerana sifat malu itu mutiara terlindung dari kekotoran ,menjadi permata yang dicari-cari, dan dikejar-kejar kerana tidak semua orang dapat memilikinya.
Tidak bermaksud muslimah sekarang perlu terperap saja dalam rumah, tetapi malu yang diimpikan itu ialah malu dari dalam jiwa.
malu untuk berdua-dua dengan lelaki
malu untuk meninggikan suara dan gelak ketawa bersama-sama lelaki
malu untuk mendedahkan aurat kepada lelaki
sentiasa menjaga diri dari terjebak dalam zina hati dan  zina mata
tidak berminat untuk diajak keluar bersuka ria terutamanya apabila bercampur dengan lelaki
malu untuk bergambar dengan lelaki
malu untuk menayang muka seperti mengupload gambar-gambar kedalam facebook, blog. setakat untuk memberi tahu kawan-kawan tentang segala aktiviti kita, mungkin tidak mengapa.
dan yang paling penting
sentiasa bertegas apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, sememangnya itu adalah kekuatan muslimah sebenar
&
melafazkan cinta hanya kepada mereka yang benar-benar sah sudah menjadi suami.

"lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik"
perbaikilah diri dengan sebaiknya, itu adalah salah satu langkah untuk mendapat jodoh yang terbaik dan beristiqamahlah dalam berdoa kerana Allah sentiasa tahu apa bendanya yang terbaik, bila masa yang terbaik dan dimana tempat yang terbaik perlu Dia memakbulkan doa hambanya. semoga kita semua dipermudahkan Allah untuk mendapat jodoh yang baik.
insyaAllah

0 comments:

Post a Comment

follow blog ini dengan seikhlas hati :)