Saat kamu singgah di dunia

Saturday 3 December 2011

saat kamu singgah sebentar didunia, janganlah mudah leka dengan fananya dunia kerana akhirat sedang menanti untuk membawa kamu kepada kehidupan yang selama-lamanya.



wanita dunia ketika memasuki syurga akan mampu MENGALAHKAN KEJELITAAN bidadari syurga.

siapakah wanita dunia itu?
mereka adalah wanita solehah!!

... Aisyah R.a brkata:
wanita2 solehah akan berkata kpd bidadari syurga.
"kami melakukan solat,sedangkan kamu tidak.kami berpuasa,sdgkan kamu tidak,kami bersedekah sedangkn kamu tidak.kami wanita solehah didunia mengalahkan bidadari syurga"
inilah yg menyebabkan bidadari pun cemburu. =)
 
 
Dari Abdullah Ibnu Zubair R.A., Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya :

"Rahsiakanlah pertunangan, dan SEBARKANLAH PERKAHWINAN" (Hadith Riwayat Ahmad)

* Sedangkan pertunangan pun Rasulullah SAW suruh rahsiakan...bercouple?..mereka seakan2 bangga apabila gambar berkepit dgn kekasih hati di post kan..sedih tgk mereka, tapi lagi sedih dgn diri ni yang tak mampu mencegah kemungkaran..renungkanlah kembali siapa diri kita sebenarnya disisi ALLAH, yg tak pernah melupakan hambaNya..* T_T
 
 

 
 
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simbpul dia berkata : Malam masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas pula simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas ...pula simpul yang ketiga. Dan pada pagi harinya (Subuh) dia akan bangun dengan penuh semangat dan dalam keadaan hati yang baik; sebaliknya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut (mengingati Allah, berwuduk dan solat malam), dia akan bangun pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas. -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

0 comments:

Post a Comment

follow blog ini dengan seikhlas hati :)